JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 7, 2012

Ingat Janji Kita




Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi ‘makwe’nya.

Apabila tiba masanya...

“Eh... sesuai ke? Orang tak cam aku ke? Aku rasa kekok ni.” 

“Sesuai lagi secocok. Tak mungkin dia orang boleh cam kau ni jantan. Aku sendiri macam nak gugur jantung tengok rupa kau. Sebiji rupa perempuan. Mantap gitu.” Raimi menyentuh dada Adi dengan kedua-dua tangannya. Bagaikan terkena kejutan elektrik, spontan Adi menepis kasar hingga membuatkan Raimi terpinga-pinga. Tanpa pengetahuan Raimi, Adi ada banyak rahsia yang disimpan. Dan Adi terpaksa berbohong kepada semua. Mungkinkah seumur hidupnya dia terpaksa memendam nalurinya?

Murni Aqila's facebook  and blog

Untuk Sekali Lagi



Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah!

Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar!

Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!


Azilah Wahab's facebook

Jangan Ganggu Lenaku




JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan?    
Tetapi, oleh siapa?


Jom kita klik Haiza Najwa's facebook atau blog

Sayang 3 Dalam 1




Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!  

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan.  Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan.  Fikir dan bertindak!  The best man wins!  Hati kata, pilihlah dia.  Otak kata, jangan!,  Hei, kasih... yang mana satu pilihan hatiku?


Jom klik Weeda Airiza's facebook atau BLOG beliau...

Akhirnya aku kahwin



Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?


Klik sini (facebook) atau blog Herna Diana

Memang Itu Cinta




Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya.

Kerana memberontak, dia dera suaminya sendiri. Ada saja yang dia buat supaya dapat sakitkan hati Irfan. Dia panggil Irfan si kura-kura. Peduli apa! Dia tidak boleh terima Irfan sebagai suami. Irfan pula sentiasa bersabar kerana faham perasaan Rania.

Sifat garang isterinya itu sangat menakutkan.  Kecut perutnya!  Namun, dia kenal hati budi Rania yang sebenar.  Dia percaya, suatu hari nanti Rania akan jatu cinta padanya.  Dia akan buat sampai Rania cair.  Si kura-kura ini tidak pernah mengaku kalah.  Hati Rania akan ditawan walau apa jua rintangan!

Jom lawat facebook Elin Nadia...

Panggil Aku Kiah



Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya.

Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.

Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?

Demimu Nazwa



Cinta pandang pertama ketika usia muda menjadikan Nazwa menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di luar negara. Bagi Nazwa, cinta suami cukup membuatkan dia bahagia sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakannya telah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan. 

Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air. Di dalam kekecewaan, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya. 

Empat tahun kemudian, Nazwa dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali. Hati masing-masing membara dengan rasa dendam kesumat, bagaikan hanya menunggu saat untuk dilunasi. Dapatkah Nazwa lepas dari ikatan yang tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa?

Kau Tetap Di Sisi




Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. 

Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

Doktor Cinta (Recommended)




Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...