JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Tuesday, May 8, 2012

Takdir Itu Milik Aku (Recommended)


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya.  Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya.  Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.  Dian disuruh menjadi orang gaji.  Dia akur dengan kehendak emak saudaranya.  Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya.  Tapi sementara cuma.  Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula.  Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki.  Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka....

"Kau bukak mata kau besar-besar!  Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau  ni!  Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau.  Jijik tahu tak?!  Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci...benci...benci!!!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu dihati."

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong.  Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini.  Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama.  Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya.  Tapi kenapa Dian yang dipilihnya?  Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?


"Allahuakbar!! Raung Dian.  Mengeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu.  Tapi itulah kenyataannya.  Itulah kebenarannya.  Pahit!!! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya.  Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.


"Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun, aku tidak akan berpaling lagi.  Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi!  Aku yang akan tentukan jalan hidupku!  Kerana Takdir itu Milik Aku!

Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa.  Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala.  Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya.  Dalam terpaksa dan rasa malu papanya Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina.  Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka.  Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi.  Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui.  Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namum Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi.  Setelah rasa bahagia dikecapi tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati.  Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini.  Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Isteri Separuh Masa



Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.


Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?  

Dia Segalanya



Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat.  Sementelah Datin rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul.  Datuk Rashid  pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya.  Begitu juga dengan Faizal.  Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul.   Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya.  Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya,  apatah lagi berbual mesra dengannya.  Hingga tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya.  Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian.  Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu.  Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.  Sesungguhnya Faizul menderita sendirian.  Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki.  Semakin kuingin terus menghampiri...  semakin jauh dia melangkah pergi....

Jom Singgah di Sha Ibrahim's blog & facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...