SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
INI ADALAH KOLEKSI NOVELKU.... SEKADAR BERKONGSI MINAT YANG SAMA DENGAN ANDA DI LUAR SANA...
JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...
SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!
Thursday, September 27, 2012
I Love You Stupid! (Recommended)
KARYA TERBARU DARI BESTSELLER NOVELIS
"AWAK SUKA SAYA TAK?"
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! "Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris... -Aidan
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
"Sir! How could you! Mengoda seorang gadis dibawah umur?" - Iris
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" -Ebrahim
"Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya.
"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan..."
"Dan apa?" -Firman
"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu." -Iris
Lara, Farina dan Violet my divas, We're hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa,misi yang besar dengan mengharungi hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
"Anakku, dimana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...
"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar..."
Wednesday, September 26, 2012
Bicara Sebuah Diari
Noreen, seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat dalam satu kejadian pembunuhan yang telah lama berlaku. Semuanya berpunca daripada mimpi-mimpi yang pernah dia alami sebelum ini. Adawiyyah dan Rohayu muncul dalam mimpinya, meminta dia agar berhati-hati. Ditakdirkan dia telah pergi ke sebuah vila untuk menyiapkan skrip terbaharunya. Di situlah segala mimpinya mula terjawab. Bermula dengan penemuan gambar dan diari milik Rohayu, Noreen merasakan yang mimpinya selama ini adalah sesuatu yang realiti. Semakin dia membaca diari milik Rohayu semakin dia merasakan semua itu ada kena-mengena dengan Suhaimi, rakan baik suaminya, Azam. Noreen terkejut apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Maria, isteri Suhaimi. Melalui Maria akhirnya segala rahsia terbongkar dengan sendirinya.
"Secara jujurnya aku katakan yang aku tak pernah alami mimpi-mimpi macam malam tadi. Tapi sejak kebelakangan ini aku sering mimpi bertemu dengan dua orang perempuan yang tidak pernah aku kenal. Mereka berdua kerap mengganggu tidur aku." - Noreen
"Kau jangan main-main Reen. Takkan kau nak tuduh Suhaimi macam tu aje? Nanti apa pulak kata laki kau? Yang kau tuduh tu sahabat karib dia," - Fatiha
"Masalahnya permintaan Reen ni berat untuk abang tunaikan. Nanti apa pulak kata Suhaimi. Sebab setahu abang Suhaimi tu memang tidak suka orang lain ambik tahu pasal cerita peribadinya." - Azam
Suamiku Vampire
"Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik. Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa."
Itulah yang selalu diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lydia yang baru berpindah ke kawasan itu. Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah. Sikitpun tak ada kaitan dengan dirinya.
Pertemuan pertama dengan Lydia telah melahirkan rasa cinta di hati Danish. Danish berusaha mendekati Lydia. Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu. Saat itu, dia mula memasang agenda. Agenda yang pasti akan membuatkan Lydia hadir di hadapannya.
Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak terduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini. Lydia yang telah bertakhta dihati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya. Namun, Lydia tetap di ingatan Danish. Lydia haknya.
Takdir Allah, siapa yang dapat melawan. Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan bersama. Danish dan Lydia ditakdirkan bersama. Walaupun Lydia bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya. Lydia juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish. Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang mereka kecapi tidak berpanjangan. Ada satu rahsia yang telah terbongkar. Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lydia untuk Danish.
Kejadian apakah yang dialami Lydia dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lydia haknya? Rahsia apa yang telah membongkar dan menyebabkan Lydia membenci Danish? Dapatkah mereka mempertahankan rumahtangga yang baru dibina? Dan, betul ke apa yang dikatakan orang selama ini, Danish itu manusia atau vampire?
Encik Abangku Romantik (Recommended)
Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi....lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan....
Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas... gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang... Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula... dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.
Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?
Akan Ku Tunggu
AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapasejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.
Kehidupan SYAMIL BAKHTIAR yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah Ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi.
Jauh di sudut hati Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.
jom join facebook SANIA YASMIN atau SARNIA YAHYA
Subscribe to:
Posts (Atom)