"Demi Janji arwah ibu, aku kau peralatkan"
Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yang bakal melonjakkan syarikat baiknya, Ikmal. Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yang menyimpan kenangan sangat berharga dalam keluarganya. Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman. Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yang penuh dengan agenda.
Namun agendanya sedikit terganggu dengan kehadiran Asyikin yang menyentuh perasaannya. Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu. Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.
Asyikin tidak dapat mengelak dari berfikir yang Muzammil cuba memainkan perasaannya dengan lamaran yang tidak terduga. Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.
Ikmal ada kisah sendiri. Pada mulanya dia seperti ada hati dengan Asyikin. Perkahwinan paksanya dengan Izlynn mulanya tidak diendahkan. Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang. Apa taknya dapat bini model yang lawa tu... dengar kata pula Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal. Dia rela mencari bidang lain yang lebih elok untuk diceburi. Iklan jatuh hati pada isteri sendiri. Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dengan Muzammil. Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projek Lembah Bayu, Ikmal seperti berpihak kepada Muzammil.
0 comments:
Post a Comment