JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Thursday, July 28, 2011

Cinta Pertama

SUDAH MENJADI DRAMA
(TAK TERCAPAI AKALMU - TV2)
HERO - ADI PUTRA
HEROIN - LISDAWATI



Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Ops! Pintu Hatiku

Aku Telah Jatuh Cinta?  Ohhh.... Indah nya...



Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika.

Dalam masa yang sama, Eika sering menerima surat misteri daripada PSH yang mengaku menyintai dirinya. Walhal Eika langsung tidak mengenali siapakan PSH itu.

Kewujudan Shahirul Hazami sebagai pasangan kembar Hakimi mengundang salah faham di antara Eika dan Sheila berikutan persamaan pada wajah kedua-dua kembar tersebut. Namun pasangan kembar tersebut masih merahsiakan identiti sebenar. Hakimi hanya memperkenalkan Shahirul Hazami sebagai abangnya sahaja dan bukan sebagai kembarnya. Buat pertama kalinya Eika menerima Hakimi sebagai sahabat.

Selepas lima tahun mereka dipertemukan kembali. Pertemuan ini menyemarakkan lagi perasaan masing-masing sehingga akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kehadiran Tengku Anis akhirnya berjaya merobohkan benteng kepercayaan Eika terhadap Hakimi. Dengan bantuan seseorang, Tengku Anis merancang untuk menghapuskan Eika agar Eika tidak lagi menjadi penghalang kepada cintanya terhadap Hakimi. Malangnya, rancangan yang diatur oleh Tengku Anis tidak berjalan dengan lancar kerana rancangannya untuk menghapuskan Eika telah membuatkan Hakimi hilang ingatan. Perasaan dendam Tengku Anis bertambah kuat apabila cinta Hakimi kepada Eika terus wujud meskipun telah kehilangan ingatan.

Cinta Eika dan Hakimi bertambah mekar. Namun keintiman tersebut membawa keresahan kepada keluarga Eika. Kemunculan Dato’ Zaiful Anuar dan Datin Alleeya memaksa mereka untuk membongkar rahsia identiti Eika yang telah tersimpan sekian lama.
Dapatkah Eika menerima identiti sebenarnya? Bagaimana pula dengan Tengku Anis? Dapatkah dia memiliki hati Hakimi? Siapa sebenarnya PSH itu?

Bukan Cinta Monyet

Walaupun gelap, banyangan dirinya masih mampu kulihat.  Jika ini bukan cinta, mungkin juga aku yang sudah GILA!





Nurul Suhana, gadis biasa dari keluarga sederhana dan hanya mempunyai ibu satu-satunya ahli keluarganya. Kamal Ilham yang hadir dalam hidup Nurul Suhana dan ibunya umpama penganti yang dihantar untuk mengantikan arwah abang Nurul Suhana. Ikatan abang dan adik angkat yang terjalin semenjak Nurul Suhana berusia 9 tahun tidak menghalang Nurul Suhana daripada secara diam-diam menyintai Kamal Ilham. Sementara Kamal Ilham sudah ada pilihan hati yang sesuai dengan dirinya.

Disebabkan sedar akan jarak umur yang ketara dan perbezaan latar belakang, Nurul Suhana tidak mampu untuk menuntut rasa yang sama dari Kamal Ilham. Mungkin benar dia hanya seorang adik bagi Kamal Ilham.

Disaat, hatinya terluka kerana cinta terhadap Kamal Ilham, hadir Alvin dalam hidupnya. Lelaki yang serba-serbi sempurna dan ada segalanya, hadir umpama semangat baru untuk Nurul Suhana bangkit semula dari kekecewaan. Alvin hadir membawa bahagia buat Nurul Suhana yang sedang terluka.





CLICK ------->>>>FACEBOOK HASLIZA ISMAIL

Biar Jadi Kaktus





Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

AD+IZ



Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat... untuk itu, izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku...

Kita di rancang untuk bertemu...
Kita di takdirkan untuk berjumpa...
namun adakah untuk bersatu... buat selamanya?

Adrianna Mayesa, seorang pekerja butik pakaian yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menyara keluarga tirinya walaupun sering ditindas, malah dieksploitasi oleh mereka.

Salah faham yang berlaku ketika dia menghantar pakaian ke rumah pelanggan, membuat Adrianna terjebak ke dalam perkahwinan kontrak yang merubah tiga ratus enam puluh darjah paksi hidupnya.

Bermula dari detik itu, dia hidup dalam kemewahan di samping Tengku-Tengku yang bermacam ragam, di samping menjalani kehidupan sebagai seorang "isteri" kepada Tengku Farriel Izumi, seniornya ketika di sekolah yang tidak pernah suka dan senang dengan kehadirannya.

Di saat Adrianna mula selesa dengan kehidupannya, sesuatu yang selama ini dirahsiakan dan lansung tidak diketahuinya muncul...lantas meragut kebahagiaannya.

Aku sanggup mempertaruhkan segala milikku untuk cintamu....

Galau Di Hati Seri



Dari Fitnah Itu Mereka Bersatu

Seri Arina seorang penyanyi cuba megubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik.  Sesuai dengan imejnya sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri.  Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.

Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil.  Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur.  Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang bagi nya sesuatu cukup melalaikan.  Namun tanpa Sulaiman sedar dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.

Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka.  Namun dalam satu peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka di temukan.  Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa.  Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

Cinta Kepala Batu



Pertemuan Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah bat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya...cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora.

Kau Kekasihku





Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."

Sambutlah Cintaku (Recomended)




Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.

Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman. Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

Atas Nama Cinta


Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta.  Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat.  Lalu mereka melakukan perkara yang serupa, berbohong.  Dan pembohongan itu mendengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama.  Hanya satu masalah yang timbul.  Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta sepeuhnya.

Roti Cicah Susu



Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak.Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak.

Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan.  Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?

Sayangku Merajuk


Rasa geram dan tidak puas hati betul dengan tindakan Aireen yang begitu tegar hatinya untuk membenci dan mendendami Shahir, suaminya. Kekadang sakit hati juga bila dengan selamba dia keluar berdua dengan Zarul sedangkan dia tahu dia masih isteri Shahir. Sedangkan Shahir hanya mampu memandang dengan hati yang bagai disiat-siat saat isteri tercinta melebihkan kekasih hati berbanding suami sendiri. Berdiam bukan bermakna Shahir suami yang dayus tetapi dia ingin memberi ruang kepada Aireen untuk berlajar menerimanya kembali secara perlahan-lahan. Memang kekadang dapat dirasakan betapa penat dan terseksanya saat Shahir ingin menjernihkan kembali hubungannya dengan Aireen. Nasib baik adik iparnya Hanis, ibu mertuanya dan dua anak kembarnya dengan cepat dapat menerima Shahir kembali dan merasakan Shahir memang patut mendapat peluang kedua. Mereka memang betul-betul ‘sporting’.

Benarkah tiada lagi cinta di hati Aireen buat Shahir sehingga dia bertekad untuk menikahi Zarul? Benarkah juga tahap kesabaran Shahir sudah sampai ke penghujungnya untuk memujuk Aireen sehingga dia terpaksa melafazkan talak? Sedangkan bagi dia, cintanya kepada Aireen adalah yang pertama dan Aireen jugalah bakal wanita terakhir yang akan dicintainya. Rasa hendak gelak tergolek juga ketika melihat reaksi Aireen apabila Hanis seolah mengiakan yang dia memang sedang menjalin hubungan dengan Shahir. Menurut Hanis tiada salahnya kerana antara Aireen dan Shahir tiada lagi ikatan suami isteri. Menurut Aireen, Hanis memang tidak patut bersama Shahir kerana dia tidak ingin melihat Hanis terluka seperti dia yang pernah dilukai oleh Shahir 5 tahun lalu.Benarkah begitu? Atau Aireen yang tidak sanggup Shahir memilih wanita lain? Bagaimana dengan dia seendiri yang bertekad meenikahi Zarul? Adakah Shahir ada rancangan lain untuk meraih semula cinta Aireen? Apa pula tindakan Aireen? Benarkah apa yang dia rasa benci atau dia sememangnya merajuk ditinggalkan Shahir suatu ketika dulu?

Saat Aireen dan Shahir masih meraikan cinta dan bulan madu mereka, Shahir terpaksa kembali ke Malaysia. Namun dia berjanji akan kembali tetapi ternyata dia tidak menepati janjinya untuk kembali. Hanya selepas 5 tahun barulah Shahir kembali dalam hidup Aireen dan anak-anaknya yang tidak pernah dia ketahui kewujudannya. Memang sewajarnya Aireen terluka, kecewa dan seterusnya membenci apabila Shahir tidak mampu memberikan jawapan sewajarnya kepada setiap persoalan selama 5 tahun dia ditinggalkan tanpa khabar berita.Namun sekiranya dia memberi ruang dan menyalurkan kemaafan kepada Shahir, mungkin Shahir tidak perlu melafazkan talak. Mungkin juga hati Shahir tidak akan terluka mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh Aireen. Mungkin juga Aireen tidak merasa terusik hatinya saat menyangka Hanis akan bertunang dengan Shahir.Rahsia apakah yang terpaksa Shahir pendamkan sehingga dia lebih sanggup menerima segala kelukaan daripada menerangkan hal yang sebenarnya kepada Aireen. Mampukah Shahir memujuk Aireen dan memenangi semula cinta Aireen?

Kau Milikku


Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

Hati Bila Cinta


Dua-dua tak sebulu. Hari-hari kerja mereka bergaduh sahaja. Macam anjing dengan kucing. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama? Tetapi, dalam benci ada cinta. Mulut kata benci, hati kata cinta.

DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya.Dendam sudah bertukar menjadi sayang dan rindu.
Bagi Fenn, cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.

"Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen."
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?

Aku Yang Menanti




Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?


Ku Rela Cinta Ini Bertamu




Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Dosa Semalam



Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Kasih Benar Kasih




Pada usia 29 tahun Annura belum berteman. Begitu juga dengan Dinzley yang sudah menginjak usia yang sepatutnya mendirikan rumahtangga, namun masih sendiri. Lantas kedua-dua ibu bapa mereka sepakat membuka jalan untuk mereka berdua berkenalan. Tidak memaksa kata mereka tetapi cukup sekadar mereka ingin mencuba, kalau tidak serasi boleh saja mengundur diri. Disebabkan masing-masing tidak ingin menguris luka hati orang tua, maka mereka mencuba mencari keserasian yang begitu sukar hadir antara mereka. Walau kedua ibu bapa mereka tidak memaksa tetapi mereka berdua dapat membaca begitu menggunung sekali harapan orang tua mereka untuk melihat mereka bersatu. Mampukah Annura dan Dinzley mengatakan tidak?

Annura:



Bukan tidak manis malah cukup sempurna serba-serbi sebagai seorang wanita, lemah-lembut tetapi kenapa hatinya seolah-olah telah tertutup untuk seorang yang bernama lelaki? Menyelami tingkah Annura tidak sesukar mana, walau dia dilihat sebagai seorang yang sentiasa mengalah, namun di hadapan Dinzley dia kadang-kala tidak betah dengan usikan-usikan Dinzley yang dia rasakan seorang yang sangat angkuh. 


Namun  di saat hati sudah ada bunga-bunga kasih terhadap Dinzley, dirinya merasakan begitu terhina ketika Dinzley berniat menangguhkan perkahwinan mereka. Bagi Annura, tindakan Dinzley sudah begitu difahaminya, Dinzley tidak ingin berkahwin dengannya. Disaat Dinzley melamarnya, Annura bersetuju menerima. Namun ada niat yang terpendam rupanya, mengapa dia sudi menerima Dinzley sebagai suami walaupun hatinya bagai sudah dihiris-hiris.Kadang-kala saya sesak nafas bila mengenangkan lebih setahun Annura mencuba membalas dendam dengan menyakiti hati Dinzley. Begitu tega hatinya membawa bersama dendam terhadap seorang suami. Apa akan terjadi andai di waktu dia sedar sudah begitu terlewat untuknya memohon kemaafan dari Dinzley?Dr. Dinzley:

“Awak ni comel macam arnab sayalah”, Dr Dinzley


Sesiapa saja yang membaca novel ini pasti akan jatuh cinta dengan watak Dinzley. Bagi saya dia mungkin hero yang telah berjaya mengambil tempat Joe Jambul ( dalam Sweet Sour ) di hati saya ( setelah sekian lama bertahta di hati ). Mungkin dari segi paras rupa dia tidak sehebat Joe, namun Dinzley ada semua ciri-ciri yang boleh menawan hati sesiapa saja. Seawal pertemuan dengan Annura, Dinzley sudah merasakan begitu berlainan sekali. Lain bukan kerana telah jatuh cinta, tetapi kerana dia terasa bahagia dapat mengusik hati Annura. Entah bila dia pun tidak pasti, nama Annura telah bertahta di hati dan tidak mungkin ditukar ganti walaupun Syirin hadir semula dalam hidupnya. Namun, kerana salah pertimbangan, tanpa disedari dia telah melukai Annura yang dicintainya sehingga menghancur-lumatkan hatinya sendiri.Betapa saya begitu terharu dengan kesabaran Dinzley melayan karenah Annura yang sengaja menyakiti hatinya. Wujudkah lelaki yang begitu sabar walau berkali-kali hati diuji oleh seorang isteri? Malah segala layanan yang dilayangkan oleh Annura dengan tujuan menyakiti hatinya diterima Dinzley dengan senyuman dan hati yang lapang. Namun sejauh manakah dia boleh bertahan dan bersabar? Mampukah Annura dan Dinzley bertemu bahagia yang begitu liat bertamu?

Berkenalan dengan Aleya Aneesa di facebook!

Monday, July 18, 2011

Jangan Bilang Benci



BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?


Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali  berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

Maid




Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.



Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Jom click facebook Suri Ryana

Tuesday, July 5, 2011

Gemersik Kalbu



Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.  

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.  

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.Di manakah titik pertemuan mereka?



Suara Hati




Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantianmenyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.  Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. 

Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

Asmara Yang Pertama


Aku rindukan asmara kita yang hanya satu malam itu. Biarpun di luar kerelaan… namun bukan satu paksaan, bila aku menyerahkan segala yang aku miliki untuk kau terokai. Antara rela dan terpaksa… antara malu dan keliru, aku buka ruang-ruang intim antara kita.

Antara Dua Persimpangan


Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri. Kekeliruan yang membentengkan antara kebenaran dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan yang menimbulkan kebencian dan dendam.

Cenderawasih


Jika kau inginkan kesucian itu sebagai bukti cintaku padamu... aku telah lama tidak memilikinya. Telah lama hancur, telah lama lebur ditelan musim-musim duka. Aku juga tidak mengenangnya... ada serpih-serpih luka yang membekam, lalu mengalirlah darah hitam membukat, menjadikan aku ada waktu-waktunya hilang, tenggelan dalam lautan perasaan yang tidak berkesudahan. Aku yang wujud hari ini, adalah aku yang seadanya... Aku yang banyak kekurangan daripada kelebihan. Aku yang pada waktu-waktu tertentu, sendirian tak ingin berteman.....

Kesturi


Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya...

Megalomania 2



Dia kehilangan tatkala hampir-hampir berdiri di kaki pelamin. Hati siapa yang tidak pilu tunangan hilang pada hari pernikahan. Ke mana dia harus mencari? Berbulan derita rindu terpaksa ditanggung. Namun Noreen Sheila tetap menaruh harapan, suatu hari Andy Farhan akan pulang ke pangkuannya. Ritma rindunya berlaku sepi... saban waktu mengharap Andy Farhan kembali. Namun setelah lelaki itu pulang, Noreen Sheila tertangkap dalam cinta Jasman yang sentiasa sanggup berbuat apa saja demi merealisasikan satu dendam.

Megalomania


Apabila kepercayaan orang telah lenyap, kehormatan diri telah musnah, diri diibaratkan telah menemui kematian. Itulah yang berlaku dalam hidup Andy Farhan. Musibah datang bertimpa-timpa tanpa dia berupaya menepisnya. Kesilapan yang dilakukannya menyebabkan dia dituduh membunuh isteri dan adik tiri sendiri. Tiada siapa yang simpati kecuali gadis itu... Noreen Sheila. Seorang peguam yang juga adik sepupu yang telah lama terpisah, merangkap kekasih di dalam diam. Dia berjuang untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan yang paling penting, dia kini turut berjuang untuk merebut kembali cinta Sheila yang telah lama terbiar... Dia bertekad untuk tidak melakukan kesilapan lagi pada hari-hari yang mendatang kerana semalam telah menjadi guru yang mengajarnya erti kehidupan. 

Selamat Tinggal Sayang

 NOVEL KEGEMARAN KU



Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...  cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian  puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. 

Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...


Permata Hati

NOVEL KEGEMARAN KU


Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...