Mereka dipisahkan oleh permainan takdir. Diuji dengan pelbagai lilitan derita.. cengkaman dan rakusnya insan-nsan bernama manusia. Lalu tertunaikah impiannya untuk mengecapi nikmat kebahagiaan setelah dirinya dikatakan sial? Mampukah diratah kesialannya itu? Dan bermaknakah kejelitaan andai diri dikagumi namun sukar dimiliki?
Sundu dilahirkan kembar. Saat kelahirannya, dia disangkakan mati. Lalu bapa Sundu menghanyutkannya di sungai hinggalah dia ditemui dan dibela oleh pasangan yang tidak punya anak sehinggalah dewasa. Sesiapa saja akan tertarik dan menggilai Sundu apabila bersua muka dengannya. Kecantikkannnya juga telah menyebabkan dia disisih dari masyarakat ekoran dari pelbagai peristiwa tragis yang berlaku ke atas sesiapa yang punya niat tidak baik terhadapnya, seolah-olah dia dipelihara oleh satu 'kuasa'. Berjayakah Sundu berjumpa semula dengan keluarganya? Siapakah yang melepaskan dia dari 'kuasa' yang menjaganya itu?
jom click jessy mojuru punya facebook
0 comments:
Post a Comment