JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Wednesday, December 5, 2012

Satu Janji (Novel lama dalam simpanan)



Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. 

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. 

Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Antara Dua Hati (Novel lama dalam simpanan)


Siapa sangka kesilapan silam membuahkan satu petaka.  Basyira tidak pernah menduga, tiada pernah bermimpi dan tidak pernah mengharap Harith Rafeeq kembali di tengah-tengah kemelut yang membelit diri yang ditinggalkan suami.

Kehadirannya bukan mengubati luka Basyira tetapi dia datang untuk menghancurkan segalanya.  Tiada sekelumit kasih yang tertinggal, semuanya tenggelam dalam gelora perasaan marah, dendam dan kebencian.

Nak baca ANTARA DUA HATI online? Klik di sini

Sinar Kasihmu (Novel lama dalam simpanan)


"Demi Janji arwah ibu, aku kau peralatkan"

Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yang bakal melonjakkan syarikat baiknya, Ikmal.  Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yang menyimpan kenangan sangat berharga dalam keluarganya.  Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman.  Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yang penuh dengan agenda.

Namun agendanya sedikit terganggu dengan kehadiran Asyikin yang menyentuh perasaannya.  Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu.  Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.

Asyikin tidak dapat mengelak dari berfikir yang Muzammil cuba memainkan perasaannya dengan lamaran yang tidak terduga.  Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.

Ikmal ada kisah sendiri.  Pada mulanya dia seperti ada hati dengan Asyikin.  Perkahwinan paksanya dengan Izlynn mulanya tidak diendahkan.  Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang.  Apa taknya dapat bini model yang lawa tu... dengar kata pula Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal.  Dia rela mencari bidang lain yang lebih elok untuk diceburi.  Iklan jatuh hati pada isteri sendiri.  Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dengan Muzammil.  Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projek Lembah Bayu, Ikmal seperti berpihak kepada Muzammil.

Angkara SAKA (Novel lama dalam simpanan)



Wajah bulan di langit kian suram.  Petir berdentum-dentam memecah keheningan malam Jumaat Keliwon.  Anehnya, ribut yang melanda langsung tidak membawa setitis hujan.  Tiba-tiba satu jeritan nyaring melolong minta tolong.  Nor Zuzalina seperti histeria, berguling di lantai bila jembalang berwajah ngeri itu mahu mencekiknya.  Cikgu Hisyam kaget melihat isterinya.

Di sebuah pondok di hujung kampung, Usu Lijah tersenyum puas.  Dendam sudah berbalas!  Hatinya  sakit bila Cikgu Hisyam mengecewakan anak saudaranya Cikgu Jasmin.  Secara halus, Nor Zuzalina akan terus di rasuk oleh hantu belaannya.  Dia bersumpah akan mengganggu suami isteri ini hingga bercerai-berai.

Cikgu Hisyam terkejut apabila mendapat tahu bahawa isterinya diganggu oleh pelesit belaan Usu Lijah.  Spontan dia teringatkan Cikgu Jasmin.  Tak mungkin gadis itu bertindak sedemikian kerana cintanya tak berbalas.  Lagipun dia tidak pernah menaruh hati pada Cikgu Jasmin.

Apakah yang akan terjadi pada Nor Zuzalina? Bersediakah Cikgu Hisyam bersemuka dengan Usu Lijah untuk menuntut bela? Apa pula reaksi Cikgu Jasmin apabila mengetaui perbuatan emak saudaranya?

Friday, November 30, 2012

Air Mata Kasih



Ain begitu merindui "Abang Qimi".  Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya.  Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa.  Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan.  Dihitung pada usia... Ain mencuba membayangkan wajah "Abang Qimi" yang tidak terjangkau dek bayangannya.  Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal senyuman tetapi tampan.  Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan.  Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi.

Antara Ain dan Haqimi.  Dan benarlah ... "Abang Qimi" adalah orang yang serupa.  "Abang Qimi" ialah majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka.  Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya?  Namun "Abang Qimi" nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan... menjadikan Ain insan kesepian.

The Wedding Breaker



"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian.  Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." ~ Arianna Rose

Ariana Rose - Kehadirannya menyebabkan majlis perkahwinan itu terbatal.  Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat.  Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasat nya juga!

Akhirnya Arianna Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu.  Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny?"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard.  See... we were talking just now.  I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari jauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side.  Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil.  Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya?  Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?"

"Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya." ~ Tengku Adam Kamil

Evelyn Rose's facebook, page & blog ~ jom singgah!!

Wednesday, October 24, 2012

Di Sisimu Aku



Sejak kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik.  Namun kemunculan Zeyra menggugat kemesraan mereka.  Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona kecantikkan Zeyra.  Hati Qeena hangus terbakar.  Akhirnya, dia mengalah dan pergi membawa diri.  Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.

Aman tercari-cari bayangan Qeena.  Dulu ada di depan mata, gadis itu sering disakiti.  Kini bila hilang, dia nanar sendiri.  Tapi Aman ego!  Dia tidak berusaha untuk mencari.  Padanya, biar masa yang menentukan Zeyra atau Qeena yang jadi miliknya.  Tapi jauh di sudut hati nya ada ruang kosong yang tertinggal.

Pertemuan kedua dengan Aman terjadi tanpa dipinta.  Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan.  Namun, dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi.   Kalau benar Aman milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun tanpa rasa cinta.

Fatin Nabila's facebook

Baca sikit dulu di sini hehehehe

Monday, October 15, 2012

Rindu Untuk Dia (Recommended)

AMIE NAJLA nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa.  Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya.  Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad.  Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membaca Amie kembali ke tanah air.   Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan.  Seseorang menantinya dengan seribu dendam.  Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir Allah berpihak kepada Amie.  Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan.  Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang.  Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

Ku Damba Bahagia (Recommended)



Alia tidak pernah tahu apa itu cinta.  Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah.  Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya?  Apa benar wujudnya cinta pandang pertama?  Dia sendiri meraguinya.  Namun, dia terpaksa terima kenyataan.  Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai Alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan.  Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga.  Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya.  Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia.  Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

NAK BACA "KU DAMBA BAHAGIA?" DARI BAB 1-20 SAHAJA ~ klik di sini

Friday, October 12, 2012

Rindu Belum Berhenti (Recommended)


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah.  Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian.  Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang.  Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu.  Lelaki yang diketahui amat berbhaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap.  Bersama Adni mereka menjadi pelarian.  Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan.  Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang.  Penuh momen yang mengetarkan jiwa.  Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya?  Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumpa manusia di muka bumi?

Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang?  Dapatkan Adni menemui cintanya semula?

Adni ~ Kudamba Bahagian Bersamamu.  Selagi Rindu Belum Berhenti aku akan tetap menantimu.  Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

NAK BACA "RINDU BELUM BERHENTI?" DARI RBB1-RBB5 sahaja ~ sila klik di sini

Monday, October 8, 2012

Bakal Isteriku, Gengsternya!



Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gangster.  Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan oleh papanya Tan Sri Iskandar.  Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Faryzal dan Nazarul.

Tengku Syamrien Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika.  Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui.  Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati.  Sanggup jadi tutor peribadi di sisi "Gangster Princess"  hanya nak ubah perangai Bella menjadi seperti Zyya.

"Awak tahu Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat menindas orang bawahan awak.  Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain.  Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!"

Mampukah Syamrien mengubah perangai Bella yang agak gangster dan menyakitkan hati itu?  Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella?  Biasakah Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut?  Apa yang pasti, Syamrien dan Bella bolehkah berjalan seiring?

Pukul 3.00 Pagi



Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog KUNTUM MERAH JAMBU.  Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT.  Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisness onlinenya.

Pun begitu, Dania Hayat atau Nia berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus.  Ketika itulah, lelaki kacak tapi "brutal" bernama Danish muncul sebagai hero.  Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia.  Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.

Dania juga mempunyai masalah keluarga.  Ibu dan ayah tidak sehaluan.  Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti "enigma" di tempat kerjanya seringkali buat Nia jadi bingung.  Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kuching.  Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana "kepelikan" dan "keunikan" yang ada pada dirinya.  Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar menggangu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati.  Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang.

Pukul 3.00 pagi, membincangkan perasaan "baik" vs "jahat".  Apakah mungkin label "baik" pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?  Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

Monday, October 1, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong (Recommended)


Aku? Aku INTAN ASNIDAR.  Mana cantik pun.  Kulit pun ala-ala hangit.  Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan.  Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia sangat segak.  Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR.  Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas.  Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku bawa balik orang Belanda masa aku bawa balik datang kampung aku buat kali pertamanya.  Tapi tak kisahlah semua itu, tak penting sangat.  Kemudian-kemudian nanti, rupa paras itu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatut menjadi tunang dia hari itu sudah lari.  Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat.  Tapi paling terkejut bila dia cakap, 

"Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya.  Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal suami isteri.  Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku.  Tapi sebelum itu mak dia, Datin Nora ada memberi amaran kepadaku, "Jangan mimpi nak jadi menantu saya."

Ah! Aku pun tak nak menjadi menantu dia.  Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah orang kata, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana.  Tinggal lagi, lama manakah rumahtangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik HARRIS ISQANDAR?

Tertulis Buat Kita (Recommended)




AUNI SOFINA gadis degil amat benci pada tentera.  Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya kepada Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri.  Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati.  Dia tidak boleh membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu.  Tidak! Tapi kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya?  Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy dihatinya.

"Awak tentera... takkan awak sendiri tidak tahu apa yang tentera sendiri sudah buat?"

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI lelaki berbadan sasa agak sukar didekati.  Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina.  Namun, dia perlu mencari sebab mengapa gadis itu begitu membenci pada tentera.  Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. 

"Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih membenci saya?"

"Di Langkawi mereka bertemu.  Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia.  Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi.  Jiwa keras Auni wajib ditakluki. Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam Operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku?  Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata cinta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula."

Jimmy - Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya Allah.  Maafkan aku kerana tidak tahu.  Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar.  Jangan pisahkan aku dengan dia.  Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.

Auni - Syurga Auni terletak di kaki abang.  Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan.  Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri abang yang berdosa ini.

Memang benar, cinta itu satu pertempuran.  Satu perjuangan.  Dan cinta itu wujud dalam sebuah tindakan yang agung iaitu memaafkan.

Kejora Di Langit Cinta (Recommended)


SETIAP manusia mendambakan bahagia.  Begitu juga dengan Nur Faradila. Pertemuan di kota suci Mekah memahat kenangan terindah dalam hidupnya.  Mendambakan kasih Khalish yang menyepi tanpa berita.  Bertahun memendam kasih, hanya dirinya yang menghuni tasik hatinya.

Benarlah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana.  Kedatangan Nur Faradila ke Terengganu semakin mengikat kasihnya pada Khalish.  Namun dirinya tidak mampu berterus terang, bimbang hatinya terluka dengan penolakkan lelaki itu, walaupun ada bayangan kasih yang terpancar lewat mata dan perlakuan lelaki itu.

Kecurangan ayah tersayang terbongkar setelah ketiadaannya.  Rupanya ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan mereka terutama ibunya.  Sedih ibunya bukan kepalang.  Rasa dikhianati lebih menyakitkan dari rasa kehilangan.  Dan tanpa pengetahuan ibunya, ayahnya juga mempunyai anak seorang anak hasil perkahwinan keduanya itu.  Perkara itu di sembunyikan dari ibunya kerana tahu ibunya pasti akan marah pasa situasi itu.

Kehilangan adik yang paling disayanginya di saat menghitung hari bahagia begitu meluluhkan hatinya.  Kemalangan yang meragut nyawa Nur Haneen bagai mimpi padanya.  Kesunyian yang dirasainya memaksa dia mencari Nur Rania.  Semoga dengan kehadiran Nur Rania dapat mengembalikan ceria di rumah itu.  Itu harapan dan doanya.  Namun perasaan takut tetap terselit di sanubarinya.  Takut pada penerimaan si ibu jika mengetahui yang Nur Rania adalah anak arwah ayahnya bersama wanita lain.  Namun, tanggungjawabnya terhadap anak kecil yang tidak berdosa itu harus ditunaikan.  Tidak tega membiarkan Nur Rania membesar di rumah anak yatim sedangkan dirinya masih mempunyai seorang kakak yang mampu memberikan kasih sayang dan kesenangan padanya.

Penyatuan dua jiwa yang saling menyintai di raikan dalam suasana yang penuh gilang gemilang.  Dalam gembira terselit kesedihan.  Nur Faradila teringat pada arwah Nur Hasneen.  Adiknya itu sangat menyukai Khalish.  Bagai terdengar-dengar suara manjanya bermesra dengan bakal abang iparnya itu.  Nur Haneen lah penghubung antaranya dengan Khalish di awal pertemuan mereka dahulu.  Tetapi semua itu tinggal kenangan sahaja.  Dia harus menerima kenyataan yang Allah SWT lebih menyayangi adiknya itu.

Sengsaranya bila berjauhan.  Bukan mudah baginya untuk meminta pertukaran ke Terengganu walaupun sudah berbuat demikian.  Kasihan pada suaminya, Khalish yang terpaksa berulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bersama dengannya.

Perkahwinan ibunya dengan Datuk Azlan sedikit sebanyak menghantar kesepian dalam hidupnya.  Sudahlah berjauhan dengan suaminya.  Ibu dan Nur Rania juga tidak tinggal bersamanya lagi.  Sayu hatinya ditambah dengan dirinya sedang berbadan dua.  Perasaan cepat tersentuh.

Tidak disangka kejutan demi kejutan di hadapinya.  Pembukaan Butik Khalish di Kuala Lumpur satu kejutan manis untuknya.  Itulah usaha Khalish untuk bersama dengannya.  Hatinya berbunga riang.  Tiada lagi kerisauan dan keresahan di tinggal keseorangan.  Dia bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan padanya.  Yang paling penting, kasih Khalish menggunung padanya.  Dan dia berdoa semoga cinta mereka tetap utuh sehingga hembusan nafas terakhirnya.

Bayangan Rindu



KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis.  Cinta pertama nya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain.  Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam.  Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya.  Pada Umar Aisy, bekas teman sekolah nya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba.  Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini?  Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Thursday, September 27, 2012

Seindah Sakura


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung.  Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.  Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam.  Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan.  Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak keseorangan.  Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.  Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.  Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil.  Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya.  Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

I Love You Stupid! (Recommended)



KARYA TERBARU DARI BESTSELLER NOVELIS
"AWAK SUKA SAYA TAK?"


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.  Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva.  Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! "Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya.  Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris... -Aidan

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
"Sir! How could you! Mengoda seorang gadis dibawah umur?" - Iris
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" -Ebrahim

"Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya.
"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan..."
"Dan apa?" -Firman

"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab.  So biarkan saja tempat kosong itu." -Iris

Lara, Farina dan Violet my divas, We're hot, sexy and naughty.  Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.  Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa,misi yang besar dengan mengharungi hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, dimana anakku.  Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya.  Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar..."

Wednesday, September 26, 2012

Bicara Sebuah Diari

Noreen, seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat dalam satu kejadian pembunuhan yang telah lama berlaku.  Semuanya berpunca daripada mimpi-mimpi yang pernah dia alami sebelum ini.  Adawiyyah dan Rohayu muncul dalam mimpinya, meminta dia agar berhati-hati.  Ditakdirkan dia telah pergi ke sebuah vila untuk menyiapkan skrip terbaharunya.  Di situlah segala mimpinya mula terjawab.  Bermula dengan penemuan gambar dan diari milik Rohayu, Noreen merasakan yang mimpinya selama ini adalah sesuatu yang realiti.  Semakin dia membaca diari milik Rohayu semakin dia merasakan semua itu ada kena-mengena dengan Suhaimi, rakan baik suaminya, Azam.  Noreen terkejut apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Maria, isteri Suhaimi.  Melalui Maria akhirnya segala rahsia terbongkar dengan sendirinya.

"Secara jujurnya aku katakan yang aku tak pernah alami mimpi-mimpi macam malam tadi. Tapi sejak kebelakangan ini aku sering mimpi bertemu dengan dua orang perempuan yang tidak pernah aku kenal.  Mereka berdua kerap mengganggu tidur aku." - Noreen

"Kau jangan main-main Reen.  Takkan kau nak tuduh Suhaimi macam tu aje? Nanti apa pulak kata laki kau? Yang kau tuduh tu sahabat karib dia," - Fatiha

"Masalahnya permintaan Reen ni berat untuk abang tunaikan.  Nanti apa pulak kata Suhaimi.  Sebab setahu abang Suhaimi tu memang tidak suka orang lain ambik tahu pasal cerita peribadinya." - Azam

Suamiku Vampire


"Danish Aniq, siapa tidak kenal dia? Sejak zaman sekolah rendah lagi dia digelar vampire disebabkan personalitinya yang erotik.  Waktu siang, wajahnya pucat bagaikan tak cukup darah, tapi malam menjelma, dia seperti makhluk yang baru mendapat kuasa luar biasa."

Itulah yang selalu diperkatakan mengenai Danish. Namun, apa yang diperkatakan, sedikit pun tidak mengganggu kehidupan Lydia yang baru berpindah ke kawasan itu.  Baginya, apa pun kata-kata orang tentang Danish, apa dia kisah.  Sikitpun tak ada kaitan dengan dirinya.

Pertemuan pertama dengan Lydia telah melahirkan rasa cinta di hati Danish.  Danish berusaha mendekati Lydia.  Namun, usahanya sentiasa menemui jalan buntu.  Saat itu, dia mula memasang agenda.  Agenda yang pasti akan membuatkan Lydia hadir di hadapannya.

Dalam bijak Danish mengatur agenda. Tidak terduga agenda yang diaturnya menjadi satu kejadian yang tidak diingini.  Lydia yang telah bertakhta dihati, terus hilang sebelum sempat dicuri hatinya.  Namun, Lydia tetap di ingatan Danish.  Lydia haknya.

Takdir Allah, siapa yang dapat melawan.  Jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan bersama.  Danish dan Lydia ditakdirkan bersama.  Walaupun Lydia bagaikan orang baru, Danish tetap mahukannya.  Lydia juga berusaha dalam menjalinkan hubungan dan ikatan bersama Danish.  Ada bahagia yang sudah bercambah. Namun, kebahagiaan yang mereka kecapi tidak berpanjangan.  Ada satu rahsia yang telah terbongkar.  Perasaan benci mula bercambah dalam diri Lydia untuk Danish.

Kejadian apakah yang dialami Lydia dan Danish? Apakah yang menyebabkan Danish mengatakan Lydia haknya? Rahsia apa yang telah membongkar dan menyebabkan Lydia membenci Danish?  Dapatkah mereka mempertahankan rumahtangga yang baru dibina?  Dan, betul ke apa yang dikatakan orang selama ini, Danish itu manusia atau vampire?

Encik Abangku Romantik (Recommended)


Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu.  Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima.  Alasannya not my taste!  Tapi....lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain.  Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya.  Agresif betul mamat tu!  Muka temboklah katakan....

Iqbal juga sukakan Widea.  Tapi cuma simpan dalam hati saja.  Tak berani konon!  Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka.  Nanti melepas... gigit jari, padan muka!  Masalahnya sekarang... Widea tetap kata, jangan buang masa.  Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status!  Tapi Haikal, terus push, push, push!  Iqbal pula... dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.


Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?


Akan Ku Tunggu



AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya.  Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapasejak tinggal berjiran.  Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan SYAMIL BAKHTIAR yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah Ayu.  Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara.  Namun, perubahan itu hanya seketika.  Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi.

Jauh di sudut hati Ayu terluka.  Dia sering menjadi mangsa keadaan.  Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya.  Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.


jom join facebook SANIA YASMIN atau SARNIA YAHYA

Tuesday, May 8, 2012

Takdir Itu Milik Aku (Recommended)


Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya.  Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya.  Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.  Dian disuruh menjadi orang gaji.  Dia akur dengan kehendak emak saudaranya.  Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya.  Tapi sementara cuma.  Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula.  Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki.  Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka....

"Kau bukak mata kau besar-besar!  Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau  ni!  Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau.  Jijik tahu tak?!  Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci...benci...benci!!!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu dihati."

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong.  Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini.  Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama.  Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya.  Tapi kenapa Dian yang dipilihnya?  Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?


"Allahuakbar!! Raung Dian.  Mengeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadap suaminya itu.  Tapi itulah kenyataannya.  Itulah kebenarannya.  Pahit!!! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya.  Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.


"Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun, aku tidak akan berpaling lagi.  Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi!  Aku yang akan tentukan jalan hidupku!  Kerana Takdir itu Milik Aku!

Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa.  Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala.  Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya.  Dalam terpaksa dan rasa malu papanya Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina.  Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka.  Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi.  Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui.  Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namum Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi.  Setelah rasa bahagia dikecapi tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati.  Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini.  Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Isteri Separuh Masa



Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.


Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?  

Dia Segalanya



Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat.  Sementelah Datin rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul.  Datuk Rashid  pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya.  Begitu juga dengan Faizal.  Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul.   Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya.  Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya,  apatah lagi berbual mesra dengannya.  Hingga tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya.  Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian.  Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu.  Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.  Sesungguhnya Faizul menderita sendirian.  Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki.  Semakin kuingin terus menghampiri...  semakin jauh dia melangkah pergi....

Jom Singgah di Sha Ibrahim's blog & facebook

Monday, March 19, 2012

Ributnya Cinta


Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya. ‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka. Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

Phidot penulis baru dari Sarawak.  Jom join her FACEBOOK =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...