JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Monday, March 19, 2012

Ributnya Cinta


Melanjutkan pelajaran ke Park Choi College membuka tirai kehidupan yang sebenar, buat Edasha Hanie. Status cucu jutawan di sembunyikan, penampilan biasa menjadi ejekan di kalangan pelajar-pelajar golongan elit di kolejnya. ‘Prince No Smile’ gelaran yang diberi pada jejaka tampan bernama Tengku Eismael Malik. Wajahnya beku, tiada senyuman yang terlakar dibibirnya itu. Pertemuan Tengku Esmael Malik dengan Edasha Hanie telah mengenalkan erti senyuman pada dirinya. Cinta hadir tanpa dipinta. Namun belum sempat dia meluahkan perasaan, takdir telah memisahkan mereka. Edasha Hanie bingung, mengapa Tengku Eismael Malik bagaikan tidak mengenali dirinya? Adakah tempoh lima tahun itu telah melenyapkan terus namanya di kotak ingatan lelaki ini?Kini Edasha Hanie akur, cinta Tengku Eismael Malik bukan lagi untuknya, jika sudah tersurat ketentuan Yang Maha Esa, dia reda menerimanya. Tetapi bukan semudah itu dia akan mengalah dengan lelaki yang perasan ‘macho’ ini.

Phidot penulis baru dari Sarawak.  Jom join her FACEBOOK =)

Rindu Tanpa Kata



Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya. Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad. Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan. Firrhan pula hadir dalam hidup Sueraya kerana rasa tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya. Gadis itu perlu ditolong walaupun dia tidak pernah mengenali gadis itu. Apatah pula secalit rasa cinta pun tidak pernah terputik dihatinya apabila dia diijabkabulkan dengan gadis itu. Hatinya telah diserahkan kepada gadis lain.. Emilia! Mimpinya selama ini, hanya Emilia yang akan dikahwininya. Hanya Emilia di dalam hatinya kerana dialah CINTA pertamanya. Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu.

Jom kita sama-sama berkenalan dengan Ain Marissa.

Kelat-kelat Sayang


Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai, itik!"Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

"Semalam tak datang sekolah, itik deman terendam air ke?" Aizam terkekek ketawa."Eii! Anak hantu ni!" Salina menggigit bibir, tanda geram. Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan.

"Tak baik tau, marah-marah dengan bakal kekasih."Aizam tersengih nakal.Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu. Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika. 3 Misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemaraan rombongan Aizam. Persoalan pertama. Berjayakah misi Salina? Berjayakah dia meraih cinta lamanya? Berjayakah Salina menghalang dari jari manisnya di sarungkan cincin oleh emak Aizam? Biarpun begitu perjalanan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya. Bercinta dengan A, bertunang dengan B. Mengadap tok kadi dengan C. Umpama menelan ubat, biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehdupan.

Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya Seumpama buah manggis, biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isinya tetap manis dan enak di makan.


Come join Izzul Izzati's FACEBOOK

Cinta Tak Terucap


Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan? AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidakmempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Imani Hatta's BLOGSPOT and FACEBOOK

Akukah Juwita?



Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.

Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?

come join Rina Farizq's facebook or read her BLOG

Monday, March 5, 2012

Aku Yang Kau Cinta




ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya...  memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!

Come add young novelist Muna Mahira at her facebook or read her blog to know her life more.... cheersss!!!

Cinta Untukmu



Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.
Tiara yang  turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.
Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.
Jom add Siti Nur Dhuha's Facebook hari ini!!

Cinta Perisa Dia




Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.

Come join Miss Lynn Dayana's facebook or read her BLOG untuk lebih mengenali salah seorang penulis terbaik di Malaysia....

Maafkan Abang




Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.  

Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.

“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”

Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.

Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sedia kala?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...