ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.
Lihat sahaja penampilan dirinya... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?
Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!
0 comments:
Post a Comment