Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuat rasa cinta pada Hairi pada gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar di dekati, Idayu juga merasa apa yang Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertunangan dengan Hairi tanpa memberi sedikit pun penjelasan.
Setelah tamat pengajian Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam, hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun kejadian di suatu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa naluri lelakinya yang ingin memiliki tubuh gadis mulus itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu di ketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.
Mampu kah Idayu mengubah suami nya dari dosa dan noda semalam? Mampukah dia dari cinta barunya? Bahagia mereka melayari sebuah bahtera dengan cinta yang terpendam dalam diam? Mungkinkah ada badai yang melanda bahtera cinta yang baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembali dia nanti adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian?
Click ==>> facebook LAILA HANNI
Click ==>> facebook LAILA HANNI
0 comments:
Post a Comment