Aku percaya suatu hari nanti ada bahagia yang menanti dihujung jalan. Kerana aku yakin, ada hikmah yang diciptakan di dalam sesebuah perkahwinan.
Walau sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah hikmah di sebalik perkahwinan kita ini. Kerana bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang lebih mengerti. Lalu aku butakan mata dan pekakkan telinga… derita di hati, simpan sendiri. Anggap sahaja hidup ini hanya satu pentas sandiwara.
Jadi, kenapa perlu terus bersedih tatkala melihat suami bermain kasih? Sabar … anak terbuang sepertiku harus sedar diri. Jangan tamak dengan apa yang telah diberi.
Walau sebenarnya aku tak ingin kecundang sekali lagi… aku ingin bahagia seperti mereka. Namun sampai bila aku harus dilukai begini… kerana perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan
0 comments:
Post a Comment