JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Wednesday, December 5, 2012

Satu Janji (Novel lama dalam simpanan)



Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. 

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. 

Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Antara Dua Hati (Novel lama dalam simpanan)


Siapa sangka kesilapan silam membuahkan satu petaka.  Basyira tidak pernah menduga, tiada pernah bermimpi dan tidak pernah mengharap Harith Rafeeq kembali di tengah-tengah kemelut yang membelit diri yang ditinggalkan suami.

Kehadirannya bukan mengubati luka Basyira tetapi dia datang untuk menghancurkan segalanya.  Tiada sekelumit kasih yang tertinggal, semuanya tenggelam dalam gelora perasaan marah, dendam dan kebencian.

Nak baca ANTARA DUA HATI online? Klik di sini

Sinar Kasihmu (Novel lama dalam simpanan)


"Demi Janji arwah ibu, aku kau peralatkan"

Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yang bakal melonjakkan syarikat baiknya, Ikmal.  Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yang menyimpan kenangan sangat berharga dalam keluarganya.  Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman.  Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yang penuh dengan agenda.

Namun agendanya sedikit terganggu dengan kehadiran Asyikin yang menyentuh perasaannya.  Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu.  Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.

Asyikin tidak dapat mengelak dari berfikir yang Muzammil cuba memainkan perasaannya dengan lamaran yang tidak terduga.  Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.

Ikmal ada kisah sendiri.  Pada mulanya dia seperti ada hati dengan Asyikin.  Perkahwinan paksanya dengan Izlynn mulanya tidak diendahkan.  Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang.  Apa taknya dapat bini model yang lawa tu... dengar kata pula Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal.  Dia rela mencari bidang lain yang lebih elok untuk diceburi.  Iklan jatuh hati pada isteri sendiri.  Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dengan Muzammil.  Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projek Lembah Bayu, Ikmal seperti berpihak kepada Muzammil.

Angkara SAKA (Novel lama dalam simpanan)



Wajah bulan di langit kian suram.  Petir berdentum-dentam memecah keheningan malam Jumaat Keliwon.  Anehnya, ribut yang melanda langsung tidak membawa setitis hujan.  Tiba-tiba satu jeritan nyaring melolong minta tolong.  Nor Zuzalina seperti histeria, berguling di lantai bila jembalang berwajah ngeri itu mahu mencekiknya.  Cikgu Hisyam kaget melihat isterinya.

Di sebuah pondok di hujung kampung, Usu Lijah tersenyum puas.  Dendam sudah berbalas!  Hatinya  sakit bila Cikgu Hisyam mengecewakan anak saudaranya Cikgu Jasmin.  Secara halus, Nor Zuzalina akan terus di rasuk oleh hantu belaannya.  Dia bersumpah akan mengganggu suami isteri ini hingga bercerai-berai.

Cikgu Hisyam terkejut apabila mendapat tahu bahawa isterinya diganggu oleh pelesit belaan Usu Lijah.  Spontan dia teringatkan Cikgu Jasmin.  Tak mungkin gadis itu bertindak sedemikian kerana cintanya tak berbalas.  Lagipun dia tidak pernah menaruh hati pada Cikgu Jasmin.

Apakah yang akan terjadi pada Nor Zuzalina? Bersediakah Cikgu Hisyam bersemuka dengan Usu Lijah untuk menuntut bela? Apa pula reaksi Cikgu Jasmin apabila mengetaui perbuatan emak saudaranya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...