JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label bikash nur idris. Show all posts
Showing posts with label bikash nur idris. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Sambutlah Cintaku (Recomended)




Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.

Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman. Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

Atas Nama Cinta


Genelia hanya mahu jauh daripada keluarga, demi cinta.  Hafidz hanya mahu jauh dari curiga, demi sahabat.  Lalu mereka melakukan perkara yang serupa, berbohong.  Dan pembohongan itu mendengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka sama berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama.  Hanya satu masalah yang timbul.  Kenangan akan mengejar lalu mereka menjadi tamak, mahu memiliki cinta sepeuhnya.

Tuesday, June 21, 2011

Cinta Datang Lagi




CINTA bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri. Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masingmasing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Ria Qistina

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

Kau Sayang Ku

SUDAH MENJADI DRAMA
(DARI MATA ARISA - RTM TV2)
HERO - SYED AIMAN
HEROIN - AYU RAUDHAH





KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

Jom Like Bikash di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...