JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label dhiya zafira. Show all posts
Showing posts with label dhiya zafira. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Rindu Untuk Dia (Recommended)

AMIE NAJLA nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa.  Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya.  Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad.  Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membaca Amie kembali ke tanah air.   Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan.  Seseorang menantinya dengan seribu dendam.  Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir Allah berpihak kepada Amie.  Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan.  Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang.  Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

Ku Damba Bahagia (Recommended)



Alia tidak pernah tahu apa itu cinta.  Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah.  Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya?  Apa benar wujudnya cinta pandang pertama?  Dia sendiri meraguinya.  Namun, dia terpaksa terima kenyataan.  Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai Alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan.  Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga.  Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya.  Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia.  Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

NAK BACA "KU DAMBA BAHAGIA?" DARI BAB 1-20 SAHAJA ~ klik di sini

Friday, October 12, 2012

Rindu Belum Berhenti (Recommended)


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah.  Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian.  Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang.  Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu.  Lelaki yang diketahui amat berbhaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap.  Bersama Adni mereka menjadi pelarian.  Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan.  Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah terancang.  Penuh momen yang mengetarkan jiwa.  Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya?  Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumpa manusia di muka bumi?

Antara Zack dan Adni laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang?  Dapatkan Adni menemui cintanya semula?

Adni ~ Kudamba Bahagian Bersamamu.  Selagi Rindu Belum Berhenti aku akan tetap menantimu.  Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

NAK BACA "RINDU BELUM BERHENTI?" DARI RBB1-RBB5 sahaja ~ sila klik di sini

Monday, October 1, 2012

Tertulis Buat Kita (Recommended)




AUNI SOFINA gadis degil amat benci pada tentera.  Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya kepada Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri.  Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati.  Dia tidak boleh membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu.  Tidak! Tapi kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya?  Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy dihatinya.

"Awak tentera... takkan awak sendiri tidak tahu apa yang tentera sendiri sudah buat?"

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI lelaki berbadan sasa agak sukar didekati.  Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina.  Namun, dia perlu mencari sebab mengapa gadis itu begitu membenci pada tentera.  Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. 

"Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih membenci saya?"

"Di Langkawi mereka bertemu.  Istilah cinta pandang pertama ternyata bukan untuk dia.  Bagi Auni Sofina, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Jimmy dalam diam mengatur strategi.  Jiwa keras Auni wajib ditakluki. Dia ada misi menjalankan operasi bahaya. Namun tidak disangka dia terlibat dalam Operasi Cinta. Lalu bagaimana seharusnya berlaku?  Mereka tidak dibenarkan jatuh cinta. Tetapi ternyata cinta melebihi segala-galanya. Inilah jadinya bila emosi merajai akal, bila rasa percaya hilang dalam kekaburan. Antara Auni dan Jimmy, laluan berombak penuh dusta dan airmata pun bermula."

Jimmy - Panjangkanlah jodoh antara aku dengan dia, Ya Allah.  Maafkan aku kerana tidak tahu.  Jangan aku dihukum kerana melakukan perkara yang benar.  Jangan pisahkan aku dengan dia.  Ambillah apa sahaja, asalkan bukan dia.

Auni - Syurga Auni terletak di kaki abang.  Tapi Auni menempah tiket ke neraka dengan apa yang telah Auni lakukan.  Andai ada secebis kasih, maafkanlah isteri abang yang berdosa ini.

Memang benar, cinta itu satu pertempuran.  Satu perjuangan.  Dan cinta itu wujud dalam sebuah tindakan yang agung iaitu memaafkan.

Tuesday, June 21, 2011

Jauh Kau Pergi


Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti..
.

Hati Bergetar Rindu


Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.

Ari ~
Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.

Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

jom berkenalan dengan miss dhiya zafira


atau kunjungi blog beliau di sini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...