JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label haiza najwa. Show all posts
Showing posts with label haiza najwa. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Jangan Ganggu Lenaku




JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan?    
Tetapi, oleh siapa?


Jom kita klik Haiza Najwa's facebook atau blog

Tuesday, August 9, 2011

Ku Mohon Kasih




Azrul Rozaimy atau Roy... berdepan jua dengan Ayuni setelah lima tahun peristiwa dia terlanjur menodai gadis itu. Dia tidak menyangka Ayuni mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa keterlanjurannya menyebabkan Putra lahir ke dunia. Dengan menyamar sebagai Mi dan mengubah penampilan diri, dia mengahwini Ayuni.

Ayuni... sebenarnya dia waras. Kerana dendam terhadap Roy, dia mahu membalas setiap derita yang ditempuhi selama ini. Namun, dendam itu berbaur dengan rasa cinta yang sangat utuh di dalam hati. Hanya Roy yang ditunggu dan ingin ditemui.

Salwarina... mencintai Roy sejak kecil lagi. Impian jadi nyata apabila keluarga menjodohkan mereka. Mereka berkahwin tanpa kerelaan Roy, sekadar untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Semuanya tersingkap jua. Jiwanya bergelodak amarah. Tidak rela menjadi isteri kedua, tidak mahu ada orang ketiga.

Sudahnya, mereka tersepit dalam perangkap cinta. Roy hanya cintakan Ayuni dan ingin kecapi cinta mereka yang ternoda dulu. Ayuni terus memburu Roy tanpa menyedari bahawa kekasih yang dicari ada di depan mata. Sawarina tetap mahu memiliki Roy walaupun sedar tidak mungkin dapat menakluki cinta lelaki itu.

Jika cinta itu suci, mengapa mesti ada insan yang akan terluka?Dan jika kasih itu abadi, pohonlah agar ia terus bersemi.

Thursday, July 28, 2011

Aku Yang Menanti




Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...