JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label anis ayuni. Show all posts
Showing posts with label anis ayuni. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Kejora Di Langit Cinta (Recommended)


SETIAP manusia mendambakan bahagia.  Begitu juga dengan Nur Faradila. Pertemuan di kota suci Mekah memahat kenangan terindah dalam hidupnya.  Mendambakan kasih Khalish yang menyepi tanpa berita.  Bertahun memendam kasih, hanya dirinya yang menghuni tasik hatinya.

Benarlah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana.  Kedatangan Nur Faradila ke Terengganu semakin mengikat kasihnya pada Khalish.  Namun dirinya tidak mampu berterus terang, bimbang hatinya terluka dengan penolakkan lelaki itu, walaupun ada bayangan kasih yang terpancar lewat mata dan perlakuan lelaki itu.

Kecurangan ayah tersayang terbongkar setelah ketiadaannya.  Rupanya ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan mereka terutama ibunya.  Sedih ibunya bukan kepalang.  Rasa dikhianati lebih menyakitkan dari rasa kehilangan.  Dan tanpa pengetahuan ibunya, ayahnya juga mempunyai anak seorang anak hasil perkahwinan keduanya itu.  Perkara itu di sembunyikan dari ibunya kerana tahu ibunya pasti akan marah pasa situasi itu.

Kehilangan adik yang paling disayanginya di saat menghitung hari bahagia begitu meluluhkan hatinya.  Kemalangan yang meragut nyawa Nur Haneen bagai mimpi padanya.  Kesunyian yang dirasainya memaksa dia mencari Nur Rania.  Semoga dengan kehadiran Nur Rania dapat mengembalikan ceria di rumah itu.  Itu harapan dan doanya.  Namun perasaan takut tetap terselit di sanubarinya.  Takut pada penerimaan si ibu jika mengetahui yang Nur Rania adalah anak arwah ayahnya bersama wanita lain.  Namun, tanggungjawabnya terhadap anak kecil yang tidak berdosa itu harus ditunaikan.  Tidak tega membiarkan Nur Rania membesar di rumah anak yatim sedangkan dirinya masih mempunyai seorang kakak yang mampu memberikan kasih sayang dan kesenangan padanya.

Penyatuan dua jiwa yang saling menyintai di raikan dalam suasana yang penuh gilang gemilang.  Dalam gembira terselit kesedihan.  Nur Faradila teringat pada arwah Nur Hasneen.  Adiknya itu sangat menyukai Khalish.  Bagai terdengar-dengar suara manjanya bermesra dengan bakal abang iparnya itu.  Nur Haneen lah penghubung antaranya dengan Khalish di awal pertemuan mereka dahulu.  Tetapi semua itu tinggal kenangan sahaja.  Dia harus menerima kenyataan yang Allah SWT lebih menyayangi adiknya itu.

Sengsaranya bila berjauhan.  Bukan mudah baginya untuk meminta pertukaran ke Terengganu walaupun sudah berbuat demikian.  Kasihan pada suaminya, Khalish yang terpaksa berulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bersama dengannya.

Perkahwinan ibunya dengan Datuk Azlan sedikit sebanyak menghantar kesepian dalam hidupnya.  Sudahlah berjauhan dengan suaminya.  Ibu dan Nur Rania juga tidak tinggal bersamanya lagi.  Sayu hatinya ditambah dengan dirinya sedang berbadan dua.  Perasaan cepat tersentuh.

Tidak disangka kejutan demi kejutan di hadapinya.  Pembukaan Butik Khalish di Kuala Lumpur satu kejutan manis untuknya.  Itulah usaha Khalish untuk bersama dengannya.  Hatinya berbunga riang.  Tiada lagi kerisauan dan keresahan di tinggal keseorangan.  Dia bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan padanya.  Yang paling penting, kasih Khalish menggunung padanya.  Dan dia berdoa semoga cinta mereka tetap utuh sehingga hembusan nafas terakhirnya.

Bayangan Rindu



KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis.  Cinta pertama nya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain.  Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam.  Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya.  Pada Umar Aisy, bekas teman sekolah nya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba.  Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini?  Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Thursday, July 28, 2011

Kau Kekasihku





Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."

Tuesday, July 5, 2011

Gemersik Kalbu



Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.  

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.  

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.Di manakah titik pertemuan mereka?



Suara Hati




Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantianmenyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.  Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. 

Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?

Tuesday, June 21, 2011

Manisnya Cinta

(Akan Datang)
Telemovie di Astro Warna



APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana? Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah! Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini? Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu? Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

jom kita jengok facebook ANIS AYUNI
atau jengok dia kat blog nya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...