JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts
Showing posts with label Ayu Emelda. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Cinta Kepala Batu



Pertemuan Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah bat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya...cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanannya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora.

Sayangku Merajuk


Rasa geram dan tidak puas hati betul dengan tindakan Aireen yang begitu tegar hatinya untuk membenci dan mendendami Shahir, suaminya. Kekadang sakit hati juga bila dengan selamba dia keluar berdua dengan Zarul sedangkan dia tahu dia masih isteri Shahir. Sedangkan Shahir hanya mampu memandang dengan hati yang bagai disiat-siat saat isteri tercinta melebihkan kekasih hati berbanding suami sendiri. Berdiam bukan bermakna Shahir suami yang dayus tetapi dia ingin memberi ruang kepada Aireen untuk berlajar menerimanya kembali secara perlahan-lahan. Memang kekadang dapat dirasakan betapa penat dan terseksanya saat Shahir ingin menjernihkan kembali hubungannya dengan Aireen. Nasib baik adik iparnya Hanis, ibu mertuanya dan dua anak kembarnya dengan cepat dapat menerima Shahir kembali dan merasakan Shahir memang patut mendapat peluang kedua. Mereka memang betul-betul ‘sporting’.

Benarkah tiada lagi cinta di hati Aireen buat Shahir sehingga dia bertekad untuk menikahi Zarul? Benarkah juga tahap kesabaran Shahir sudah sampai ke penghujungnya untuk memujuk Aireen sehingga dia terpaksa melafazkan talak? Sedangkan bagi dia, cintanya kepada Aireen adalah yang pertama dan Aireen jugalah bakal wanita terakhir yang akan dicintainya. Rasa hendak gelak tergolek juga ketika melihat reaksi Aireen apabila Hanis seolah mengiakan yang dia memang sedang menjalin hubungan dengan Shahir. Menurut Hanis tiada salahnya kerana antara Aireen dan Shahir tiada lagi ikatan suami isteri. Menurut Aireen, Hanis memang tidak patut bersama Shahir kerana dia tidak ingin melihat Hanis terluka seperti dia yang pernah dilukai oleh Shahir 5 tahun lalu.Benarkah begitu? Atau Aireen yang tidak sanggup Shahir memilih wanita lain? Bagaimana dengan dia seendiri yang bertekad meenikahi Zarul? Adakah Shahir ada rancangan lain untuk meraih semula cinta Aireen? Apa pula tindakan Aireen? Benarkah apa yang dia rasa benci atau dia sememangnya merajuk ditinggalkan Shahir suatu ketika dulu?

Saat Aireen dan Shahir masih meraikan cinta dan bulan madu mereka, Shahir terpaksa kembali ke Malaysia. Namun dia berjanji akan kembali tetapi ternyata dia tidak menepati janjinya untuk kembali. Hanya selepas 5 tahun barulah Shahir kembali dalam hidup Aireen dan anak-anaknya yang tidak pernah dia ketahui kewujudannya. Memang sewajarnya Aireen terluka, kecewa dan seterusnya membenci apabila Shahir tidak mampu memberikan jawapan sewajarnya kepada setiap persoalan selama 5 tahun dia ditinggalkan tanpa khabar berita.Namun sekiranya dia memberi ruang dan menyalurkan kemaafan kepada Shahir, mungkin Shahir tidak perlu melafazkan talak. Mungkin juga hati Shahir tidak akan terluka mendengar penghinaan yang dilemparkan oleh Aireen. Mungkin juga Aireen tidak merasa terusik hatinya saat menyangka Hanis akan bertunang dengan Shahir.Rahsia apakah yang terpaksa Shahir pendamkan sehingga dia lebih sanggup menerima segala kelukaan daripada menerangkan hal yang sebenarnya kepada Aireen. Mampukah Shahir memujuk Aireen dan memenangi semula cinta Aireen?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...