JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Dia Segalanya



Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat.  Sementelah Datin rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul.  Datuk Rashid  pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya.  Begitu juga dengan Faizal.  Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul.   Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya.  Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya,  apatah lagi berbual mesra dengannya.  Hingga tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya.  Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian.  Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu.  Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.  Sesungguhnya Faizul menderita sendirian.  Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki.  Semakin kuingin terus menghampiri...  semakin jauh dia melangkah pergi....

Jom Singgah di Sha Ibrahim's blog & facebook

Tuesday, November 1, 2011

Biarlah Ia Berlalu (Recommended)



Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….


Sha Ibrahim's facebook or her page or her blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...