JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Friday, December 9, 2011

Putus Sudah Kasih Sayang


Warna-warna kehidupan… seringnya kontras, sering kali juga menggempitkan ruang-ruang kebenaran. Jadilah hukuman alam dicacamerbakan…. Sehingga tali kebenaran yang tersimpul, kusut dan entah siapa akan merungkaikannya. Jangan ditanya mengapa cerita semalam menjadi luka yang tidak pernah sembuh. Jangan dihitung berapa titis darah menitis… kerana pedihnya jua tidak pernah menyurut lalu mendarat menjadi barah yang mengazamatkan. Lalu dendam juakah yang menjadikan manusia bernama Azimah dan Syakila hilang harga diri lalu hanyut? Dan terpujukkah hati seorang Nurul Izzah tatkala menyaksikan suami yang disayang, menjalinkan cinta bersama kekasih lama

Nilai Cintanya


Aku tidak pernah merelakan perpisahan ini. Bertahun hatiku berdarah... bukan sedikit pedih yang menyula... bukan sedikit pedih yang menyula... bukan sedikit bisa. Racunnya, satu... satu membunuh tiap rindu yang menyapa... tiap duka yang mendera. Kekasih... telah aku kuburkan kenangan cinta kita bersama nisan air mata, telah kutaburkan di atasnya dengan harum wangi kemboja. Pergilah... aku reda kau hilang di mata dan di hatiku

Naluri

Bersama harapan yang bukan sedikit, bunga-bunga kecewa dikarang menjadi kalungan indah. Sememangnya mencipta bahagia terlalu payah. Meyuntik semangat juang jua tidak semudah menarik rambut di dalam tepung. Lalu menyerahkan segalanya pada Khalik merupakan keputusan terakhir. Dan takdir-Nya… doa orang beiman itu sering diberkati Tuhan.

Kompilasi Selimut Malam


Setianya bak kemboja berguguran setelah dia dinoda teman sendiri. Hidupnya pula bak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walau pohon sindora setia menanti. Lalu dia meratapinya dalam tangisan bulan madu yang diselimuti malam, setelah maya pusara menggamit Reo pulang.

Lelaki Terakhir



Aku percaya suatu hari nanti ada bahagia yang menanti dihujung jalan.  Kerana aku yakin, ada hikmah yang diciptakan di dalam sesebuah perkahwinan. 

Walau sebenarnya aku tidak pernah tahu apakah hikmah di sebalik perkahwinan kita ini. Kerana bahagia yang aku cari bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk mereka yang lebih mengerti. Lalu aku butakan mata dan pekakkan telinga… derita di hati, simpan sendiri. Anggap sahaja hidup ini hanya satu pentas sandiwara. 

Jadi, kenapa perlu terus bersedih tatkala melihat suami bermain kasih? Sabar … anak terbuang sepertiku harus sedar diri. Jangan tamak dengan apa yang telah diberi. 

Walau sebenarnya aku tak ingin kecundang sekali lagi… aku ingin bahagia seperti mereka. Namun sampai bila aku harus dilukai begini… kerana perasaan tidak pernah ada alasan untuk terus merelakan

Friday, December 2, 2011

Rembulan Berdarah (Recommended)




DIA tidak pernah meminta apa-apa.  Cukuplah sekadar dia disayangi.  Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram.  Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
.........................................................................................................

Setelah berada di luar negara selama dua belas tahun, Nashriq pulang untuk mencari sendiri adik yang telah lama hilang. Raihana bukanlah adik kandungnya tetapi anak kepada pemandu arwah bapanya Zainal Ikram. Misteri pembunuhan Zainal Ikram juga masih menjadi tanda tanya bagi Nashriq. Walaupun semua mengatakan Munif sebagai pembunuh ayahnya tetapi Nashriq tetap ingin mencari Raihana dan ibunya yang telah lama hilang. Rupa-rupanya ada skandal besar yang sengaja disembunyikan di sebalik pembunuhan itu.

Di dalam pencariannya, dia menemui Duha Maisarah yang bermasalah dengan bapanya seorang kaki judi. Entah kenapa hati Nashriq melekat pada Duha Maisarah tanpa mengetahui siapakah gadis itu sebenarnya. Duha Maisarah terperangkap di antara cinta Nashriq dan Zafran. Namun hatinya berat mengatakan Nashriq lebih mendapat tempat di hatinya walaupun telah banyak kali hatinya dilukai Nashriq.

Engku Iskandar pula tidak menyenangi Nashriq yang mengambil alih peneraju syarikat Mega Timur Construction. Selama ini dialah yang berkuasa dan boleh berbuat sesuka hatinya ke atas kewangan di syarikat itu. Hasrat hati untuk mengambil alih Mega Timur menjadi miliknya tidak kesampaian bila Nashriq dan Erman dapat menghidu niat tak baiknya. Dalam pada itu Engku Iskandar juga mengesyaki Duha Maisara adalah Raihana yang disangkanya mati kemalangan dua belas tahun yang lalu. Akan terungkapkah rahsia lama yang cuba dikuburkan oleh Engku Iskandar dengan kehadiran Duha Maisarah dan Nashriq?

Come visit her blog or her facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...