JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label Norzailina Nordin. Show all posts
Showing posts with label Norzailina Nordin. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Cuma Dia


BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.

Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.

Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.

Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.

Thursday, August 4, 2011

Arjuna Hati


Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan pengalaman merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia tetapi di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan Perlis, ketika British masih dalam proses meluaskan pengaruhnya di kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita semakin berani menjalankan eksperimen supaya para pembaca akan terdedah kepada proses globalisasi. Sering kali novel lebih berjaya memperkaya pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa disampaikan secara amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dapat mewujudkan perspektif yang real.

Mudah-mudahan Norzailina Nordin akan memperkenalkan pula tema-tema lain yang akan membawa pembacanya ke dunia baru – lain daripada yang lazim mereka temui.

Arca Kasih



Norashikin bertugas di sebuah syarikat yang terkenal di Kuantan. Dia seorang gadis cantik dan berjawatan eksekutif di syarikat itu. Ramai lelaki yang ingin memikatnya namun mereka tidak berani kerana kedudukkan beliau dalam syarikat itu mengatasi segala-galanya.


Suatu hari, Norashikin telah dipertemukan dengan Asmawi di satu mensyuarat penting yang diadakan di syarikatnya. Sebaik sahaja mesyuarat dimulakan, mata Asmawi asyik memandang Norashikin. Dia benar-benar tertarik dengan kejelitaan Norashikin. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Norashikin tetapi Norashikin tidak suka kepada Asmawi kerana dia lelaki egoistik.


Pada Asmawi, menambat hati gadis itu merupakan prioriti dalam hidupnya. Dasar lelaki memang tidak pernah mengaku kalah. Akhirnya, Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari Englan, secara tiba-tiba mengugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri dari Asmawi.


Tatkala hati Norashikin dilanda kebuntuan, dia mendapat tahu yang Asmawi menghidap penyakit Retinal Detachment yang mungkin mengakibatkan dia hilang penglihatan. Adakah Norashikin rela membiarkan lelaki yang pernah dikasihinya menderita?

Jom Like Facebook Norzailina Nordin !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...