JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label Melur Jelita. Show all posts
Showing posts with label Melur Jelita. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

I Love You Stupid! (Recommended)



KARYA TERBARU DARI BESTSELLER NOVELIS
"AWAK SUKA SAYA TAK?"


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.  Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva.  Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! "Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya.  Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris... -Aidan

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
"Sir! How could you! Mengoda seorang gadis dibawah umur?" - Iris
"Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!" -Ebrahim

"Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya.
"Untuk bodyguard saya... yang sangat macho, stylo... dan..."
"Dan apa?" -Firman

"Ermmm... satu hari nanti dan apa, akan terjawab.  So biarkan saja tempat kosong itu." -Iris

Lara, Farina dan Violet my divas, We're hot, sexy and naughty.  Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.  Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa,misi yang besar dengan mengharungi hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

"Anakku, dimana anakku.  Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan... Tolonglah, saya merayu."

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan... tentang Islam, agamaku... tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta...

"Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya.  Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar..."

Friday, January 27, 2012

Awak Suka Saya Tak? (Recommended)



Kisah Kasih Sayang di antara Hilman Yong, kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha.  Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh.  Namun, apakah kesudahan jodoh mereka apabila Hilman Yong, seroang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam daripada Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan akibat perselisahan faham dan ego?

Muncul Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda.  Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya.... seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilman ku.. sifuku... kekasihku... Kembalilah...
"Saya tak pernah tinggalkan awak.  Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak.  Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak.  Walaupun awak jauh, saya dapat mendengar awak.  Saya sentiasa di sisi awak.  Awak sentiasa di sisi saya, di sini...." - Hilman Yong.

"Don't worry, I wont kiss you.  Saya tak cium sembarangan gadis.  Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak Cik Zulaikha... saya nampak kehampaan di wajah awak.  You really want me to kiss you.  I can feel it.  I can see it.  From your eyes... your lips.  Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadap.  Ciuman saya tidak semurah itu.  Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja" - Damien Yong.

"Saya mengakui saya gembira bersama Mr. Damien.  Saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu.  Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium... tetapi hanya di dinding kaca.  Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan...walaupun cuba dipecahkan pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris.  Itulah Islam.  Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan.  Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." - Intan Zulaikha

Kalau hendak mengenali penulis lebih dekat sila add kat facebook Melur Jelita atau blog beliau untuk mengenali siapa HILMAN YONG & INTAN ZULAIKHA

Novel ini awesome!!! Rugi kalau tak membacanya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...