JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Showing posts with label meen zulaikha. Show all posts
Showing posts with label meen zulaikha. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Rindu Di Awan Biru



JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Warna Hati


Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...


Kasih Yang Suci

DAH JADI DRAMA
(NORA ELENA - TV3)
HERO - AARON AZIZ
HEROIN - SITI SALEHA





Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

jom join kak meen zulaikha di facebook dia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...