JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Hanya Kau Segalanya



Mereka dipisahkan oleh permainan takdir. Diuji dengan pelbagai lilitan derita.. cengkaman dan rakusnya insan-nsan bernama manusia. Lalu tertunaikah impiannya untuk mengecapi nikmat kebahagiaan setelah dirinya dikatakan sial? Mampukah diratah kesialannya itu? Dan bermaknakah kejelitaan andai diri dikagumi namun sukar dimiliki?

Sundu dilahirkan kembar. Saat kelahirannya, dia disangkakan mati. Lalu bapa Sundu menghanyutkannya di sungai hinggalah dia ditemui dan dibela oleh pasangan yang tidak punya anak sehinggalah dewasa. Sesiapa saja akan tertarik dan menggilai Sundu apabila bersua muka dengannya. Kecantikkannnya juga telah menyebabkan dia disisih dari masyarakat ekoran dari pelbagai peristiwa tragis yang berlaku ke atas sesiapa yang punya niat tidak baik terhadapnya, seolah-olah dia dipelihara oleh satu 'kuasa'. Berjayakah Sundu berjumpa semula dengan keluarganya? Siapakah yang melepaskan dia dari 'kuasa' yang menjaganya itu? 

jom click jessy mojuru punya facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...