JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Thursday, July 28, 2011

Kasih Benar Kasih




Pada usia 29 tahun Annura belum berteman. Begitu juga dengan Dinzley yang sudah menginjak usia yang sepatutnya mendirikan rumahtangga, namun masih sendiri. Lantas kedua-dua ibu bapa mereka sepakat membuka jalan untuk mereka berdua berkenalan. Tidak memaksa kata mereka tetapi cukup sekadar mereka ingin mencuba, kalau tidak serasi boleh saja mengundur diri. Disebabkan masing-masing tidak ingin menguris luka hati orang tua, maka mereka mencuba mencari keserasian yang begitu sukar hadir antara mereka. Walau kedua ibu bapa mereka tidak memaksa tetapi mereka berdua dapat membaca begitu menggunung sekali harapan orang tua mereka untuk melihat mereka bersatu. Mampukah Annura dan Dinzley mengatakan tidak?

Annura:



Bukan tidak manis malah cukup sempurna serba-serbi sebagai seorang wanita, lemah-lembut tetapi kenapa hatinya seolah-olah telah tertutup untuk seorang yang bernama lelaki? Menyelami tingkah Annura tidak sesukar mana, walau dia dilihat sebagai seorang yang sentiasa mengalah, namun di hadapan Dinzley dia kadang-kala tidak betah dengan usikan-usikan Dinzley yang dia rasakan seorang yang sangat angkuh. 


Namun  di saat hati sudah ada bunga-bunga kasih terhadap Dinzley, dirinya merasakan begitu terhina ketika Dinzley berniat menangguhkan perkahwinan mereka. Bagi Annura, tindakan Dinzley sudah begitu difahaminya, Dinzley tidak ingin berkahwin dengannya. Disaat Dinzley melamarnya, Annura bersetuju menerima. Namun ada niat yang terpendam rupanya, mengapa dia sudi menerima Dinzley sebagai suami walaupun hatinya bagai sudah dihiris-hiris.Kadang-kala saya sesak nafas bila mengenangkan lebih setahun Annura mencuba membalas dendam dengan menyakiti hati Dinzley. Begitu tega hatinya membawa bersama dendam terhadap seorang suami. Apa akan terjadi andai di waktu dia sedar sudah begitu terlewat untuknya memohon kemaafan dari Dinzley?Dr. Dinzley:

“Awak ni comel macam arnab sayalah”, Dr Dinzley


Sesiapa saja yang membaca novel ini pasti akan jatuh cinta dengan watak Dinzley. Bagi saya dia mungkin hero yang telah berjaya mengambil tempat Joe Jambul ( dalam Sweet Sour ) di hati saya ( setelah sekian lama bertahta di hati ). Mungkin dari segi paras rupa dia tidak sehebat Joe, namun Dinzley ada semua ciri-ciri yang boleh menawan hati sesiapa saja. Seawal pertemuan dengan Annura, Dinzley sudah merasakan begitu berlainan sekali. Lain bukan kerana telah jatuh cinta, tetapi kerana dia terasa bahagia dapat mengusik hati Annura. Entah bila dia pun tidak pasti, nama Annura telah bertahta di hati dan tidak mungkin ditukar ganti walaupun Syirin hadir semula dalam hidupnya. Namun, kerana salah pertimbangan, tanpa disedari dia telah melukai Annura yang dicintainya sehingga menghancur-lumatkan hatinya sendiri.Betapa saya begitu terharu dengan kesabaran Dinzley melayan karenah Annura yang sengaja menyakiti hatinya. Wujudkah lelaki yang begitu sabar walau berkali-kali hati diuji oleh seorang isteri? Malah segala layanan yang dilayangkan oleh Annura dengan tujuan menyakiti hatinya diterima Dinzley dengan senyuman dan hati yang lapang. Namun sejauh manakah dia boleh bertahan dan bersabar? Mampukah Annura dan Dinzley bertemu bahagia yang begitu liat bertamu?

Berkenalan dengan Aleya Aneesa di facebook!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...