JOM...KONGSI NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI...

SAYA CUMA UPLOAD NOVEL YANG SUDAH ADA DI DALAM SIMPANAN SAYA.... JADI ANDAI TIDAK ADA GAMBAR NOVEL KEGEMARAN ANDA DI SINI, ITU TANDA NYA SAYA BELUM LAGI MEMBELI @ MEMBACA NYA... JADI, DARI SITU ANDA BOLEH BAGI SAYA IDEA DAN KOMEN TENTANG NOVEL YANG ANDA SUKA ITU.... CERITA KAN DENGAN SAYA SAMA ADA IANYA INTERESTING, LUCU, SEDIH & ETC.... THANK YOU!!!!

Monday, October 8, 2012

Pukul 3.00 Pagi



Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog KUNTUM MERAH JAMBU.  Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT.  Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisness onlinenya.

Pun begitu, Dania Hayat atau Nia berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus.  Ketika itulah, lelaki kacak tapi "brutal" bernama Danish muncul sebagai hero.  Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia.  Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.

Dania juga mempunyai masalah keluarga.  Ibu dan ayah tidak sehaluan.  Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan.

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti "enigma" di tempat kerjanya seringkali buat Nia jadi bingung.  Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kuching.  Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana "kepelikan" dan "keunikan" yang ada pada dirinya.  Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar menggangu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati.  Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang.

Pukul 3.00 pagi, membincangkan perasaan "baik" vs "jahat".  Apakah mungkin label "baik" pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?  Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...